~Kenangan Terindah~
"Ayah... kami berdua tidak sempat bertemu dengan ibu, bolehkah ayah ceritakan, bagaimana ayah dan ibu berjumpa?". Nazrul memerhati kedua-dua orang anaknya dan mengalihkan pandangannya ke arah beberapa kanak-kanak lelaki yang sedang bermain bola. "Ayah.. kalau ayah tidak mahu ceritakan tidak mengapalah," kata Nazril. "Mana boleh... ayah kena ceritakan juga, sudah lama kami menunggu saat ini" pinta Nazirah dalam nada tegas.
* * * * * * * * * * * * * * *
"Phewit.. wah lawanya, hendak nombor boleh"?? Daniel mengenyitkan sebelah matanya ke arah Aqilah. "Boleh.. lepas dapat nombor.. dapat sekali penampar, mahu??" kata Aqilah dalam nada sinis sambil tangan kanannya diayun-ayunkan ke udara.
"Dapat penampar sekali pun tidak mengapa," Daniel membalas membalas dengan senyuman yang meleret. "Ish.. kalau layan budak ni, tidak akan ada kesudahannya, Sakinah.. mari< Aqilah menarik lengan rakannya, iaitu Sakinah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Sewaktu Aqilah menarik lengan Sakinah, Sakinah sempat menoleh ke arah Nazrul, tiba-tiba mata mereka bertaut.Sakinah segera mengalihkan pandangannya. Daniel ketawa melihat aksi dua orang gadis itu, sebaliknya Nazrul hanya memerhatikan sahaja kedua-dua gadis itu berlalu pergi.
* * * * * * * * * * * * * * *
Sakinah berlari sekuat hatinya, dia sudah terlewat untuk mengahadiri kelas Prof. Ruzaimah. Ketika hendak berlari memasuki dewan kuliah, tiba-tiba pintu dibuka dari arah dalam. "Aduh, siapa yang menghalang laluan aku ni".rintih Sakinah. "Sudahlah datang lewat ke kelas saya, lagi mahu merungut, kalau mahu dibandingkan kesakitan yang awak alami sekarang ini, lagi sakit hati saya ini," Prof Ruzaimah memarahi Sakinah sambil bercekak pinggang. "Maaf, saya minta maaf Prof".
"Saya maafkan, lepas ni jangan buat hal lagi". Prof Ruzaimah berlalu pergi. "Prof, kelas Prof sudah tamat ke??, bukan ke sekarang kelas Prof belum tamat lagi?". "Hari ini saya ada hal, kelas ditangguh ke minggu hadapan".
Sakinah berasa sedikit lega, "selamat prof tidak marah aku" bermonolog Sakinah sendirian. "Saudari, saudari tidak apa-apa ke?" tanya Nazrul yang kebetulan lalu disitu. Sakinah memalingkan badannya ke arah empunya suara itu. "Saya okey", balas Sakinah. "Sudah terlanggar pintu yang keras ini pun, masih lagi kata okey? Kalau orang lain mungkin sudah koma. Saudari ini bukan calang-calang orang ataupun saudari ini bukannya manusia?". "Huh" Sakinah membetulkan tudungnya". Saudara, saya hanya terlanggar pintu, bukannya terlanggar kereta kebal, lagi satu pun, kalau saya bukan manusia mungkin saya adalah bidadari" balas Sakinah dengan wajah yang riak. "Bidadari?? Tengok wajah saudari pun bagaikan lihat hantu, lihatlah tudung saudari yang berserabut tu, dibelit sana-sini, sudah kelihatan seperti mumia" balas Nazrul dalam nada menyindir. "Saudara... ini namanya fesyen, apa yang saudara tahu tentang fesyen perempuan? Lihat rambut saudara itu, bagaikan buntut ayam saja" Sakinah menudingkan jarinya ke arah rambut Nazrul.
"Ini juga fesyen terkini saudari... saudari tu yang..." Belum sempat Nazrul menghabiskan ayatnya, lengannya ditarik oleh Daniel. Sehingga membuatkan Nazrul hampir terjatuh. "Jom ikut aku Naz, hal penting ni... Urgent!!" Daniel memberitahu tanpa dipinta Nazrul. "Kalau urgent pun tidak payahlah sampai kau tarik aku sebegini rupa", Nazrul menarik lengannya dari genggaman Daniel. "Ok.. mari ikut aku, dekat sini tidak sesuai" balas Daniel dalam keadaan tercungap-cungap.
* * * * * * * * * * * * * * *
"Ada apa yang urgent sangat ni?" tanya Nazrul. "Tadi Qistina cari kau... tapi dia...". "Tapi apa?" tanya Nazrul dalam nada yang tinggi. "Errr.. dia suruh kau bertanggungjawab ke atas diri dia" balas Daniel dalam nada serba salah. "Hah?? bertanggungjawab untuk apa?..".tanya Nazrul dalam nada kehairanan. "Mungkin dia suruh kau bertanggungjawab dengan anak yang dikandungnya". "Qistina mengandung?.. kenapa aku pulak yang harus bertanggungjawab.. eihhhh.. walaupun aku ni tidak kuat pegangan agama tapi....sumpah aku tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk itu.." Nazrul mengangkat tangan kanannya dalam keadaan bersumpah. "Mungkin dia pernah buat perkara terkutuk itu dengan orang lain, pastu disebabkan kau yang paling rapat dengan jadi dia tuduh kau diatas keterlajuran dia itu" Daniel meletakkan jari telunjuknya di dagunya seperti sedang berfikir. "Arhhhh... serabutlah perempuan ni..."
* * * * * * * * * * * * * * *
Nazrul hanya memerhatikan sahaja Qistina yang baru sahaja keluar dari keretanya. Dengan langkah yang berhati-hati Nazrul mengekori Qistina. Lalu dia menarik tangan Qistina. "Qistina we need to talk.." kata Nazrul dalam nada yang tegas. "Oh My God... mujurlah you ada kat sini.. I mahu you bertanggungjawab.." belum sempat Qistina menyudahkan kata-katanya, Nazrul terlebih dahulu memintas. " Bertanggungjawab diatas keterlanjuran kau dengan lelaki lain? Kenapa mesti aku yang harus bertanggungjawab dan bukannya bapak kepada budak ni" Nazrul menudingkan jari telunjuknya ke arah perut Qistina.
" Apa yang you merepek ni? Bila masa pulak I suruh you bertanggungjawab atas kandungan I. Kejap, I tak mengandung.. dan I tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk itu Encik Nazrul...". "Habis tu you nak I bertanggungjawab atas apa?"tanya Nazrul dalam kehairanan. "Itulah.. I tak habis lagi cakap, you dah potong. Ni I nak you bertanggungjawab dengan anak-anak Bella. Eee... anak-anak dia busuklah.. pleaselah ambik balik anak-anak kucing tu"merayu Qistina.
No comments:
Post a Comment